Norzailina Nordin dilahirkan di Ketari, Pahang. Pernah bersekolah di Methodist Girls School (Raub), Assunta Convent, Sek. Men. Per. Tg. Afzan dan Sek. Men. Per. Methodist (Kuantan) sebelum melanjutkan pengajian ke Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom selama tiga tahun.

Antara novel yang dihasilkan adalah:

Antologi Cerpen Mannequin (1986)
Arca Impian (1994)
Semarak Rindu
Sewangi Kasih (1995)
Karma
Ilusi Semurni Hati
Neraca Sukma (1996)
Arca Impian 2 (1997)
Carissima (1998)
Zuriat (2001)
Untukmu Permata Hatiku
Mercu Kasih (2002)
Arca Kasih (2003).

Selain daripada menulis, beliau sering menyumbangkan masakan di majalah dan tv sejak 1992. Sehingga kini, masakannya pernah muncul di majalah Keluarga, Nona, Jelita, Sajian Jelita, Her World, Her World Cookbook, Flavours, Pa & Ma, Libur dan Ibu.

Beliau sudah menghasilkan sepuluh buah buku masakan iaitu Masakan Pilihan Keluarga, Masakan ASEAN, Masakan Mudah & Istimewa, Juadah Istimewa Perayaan, Masakan Mudah Sekeluarga, Juadah Pedas dan Berempah, Masakan Popular Malaysia, Belajar Memasak (Langkah Demi Langkah), Kuih-muih Melayu dan Cara Menghias Kek.

Arca Kasih merupakan karya ketiga bersama Alaf 21. Ia masih mengekalkan ciri 'kisah perubatan' sebagaimana dua novel 'Kisah Benar' sebelum ini. Kali ini penulis menghuraikan tentang sejenis penyakit mata yang dikenali sebagai 'Retinal Detachment'.

Adalah menjadi harapan beliau agar pembaca dapat menyelami sedikit-sebanyak pengalaman individu yang hilang penglihatannya. Semoga kita yang dapat melihat ini sentiasa bersyukur ke hadrat ILAHI.

 
 
   
 
 
 
 
Zon Alaf
 
 
 
Soal Jawab Agama
 
 
Dibangunkan oleh Alaf Dua Puluh Satu Sdn Bhd. 2007.
Laman Utama Alaf 21